Saturday 20 October 2012

Hear vs Listen

HEAR ialah kata kerja yang bermaksud mendengar sesuatu bunyi secara bersahaja.
Sebagai contoh:
She HEARD a noise outside. (HEARD ialah past tense bagi HEAR)
Dia terdengar bunyi bising diluar.

LISTEN pula ialah mendengar dengan teliti. Semasa di sekolah guru-guru Bahasa Inggeris kita biasa menyebut “ LISTEN here.”, “ LISTEN class.” Jadi, apa yang diminta oleh guru kita itu ialah supaya kita mendengar dengan teliti tentang apa yang ingin disampaikan.

Contoh lain:
She LISTENED to the noise and realised it was only a cat.
Dia mendengar (dengan teliti) bunyi bising itu dan menyedari ia hanya seekor kucing.

Sekali lagi saya ulang, HEAR=dengar, LISTEN=dengar dengan teliti. Jadi selepas ini saya harap anda menggunakan perkataan HEAR dan LISTEN ini dengan betul dan tidak melakukan kesalahan.

Sekian.

Bored vs Boring

Baiklah mari kita lihat cara penggunaan perkataan BORING dan BORED yang betul.
BORED ialah kata sifat yang menceritakan ketidakseronokan seseorang sebab tiada apa yang nak dilakukan.

Sebagai contoh:
She was so BORED that she fell asleep.
Dia berasa bosan lalu tertidur.

BORING juga adalah kata sifat. Namun ia bermaksud sesuatu yang tak seronok dan tak mengujakan.
Contoh:
The lesson was so BORING that she fell asleep.
Pelajaran itu sungguh membosankan lalu dia tertidur.

Kesimpulannya kalau anda nak katakan ‘seseorang itu berasa bosan’ gunakan BORED kalau nak katakan ‘sesuatu itu membosankan’ gunakan BORING.

Sekian.

Tip menulis dan yg paling UTAMA ialah tips berkomunikasi

  Antaranya :
1.      Sebab-sebab kenapa anda tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
2.      Teknik membina keyakinan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
3.      Tip bagaimana Manda boleh bercakap secara automatik dan spontan.
4.      Cara bagaimana anda boleh menjawab soalan Bahasa Inggeris serta merta tanpa perlu berfikir dan menterjemah satu per satu.
5.      Dan banyak lagi.
Saya juga akan mendedahkan kepada anda strategi dari pengalaman saya sendiri untuk menguasai bahasa antarabangsa ini.

All ready vs Already

Dua perkataan ini seolah-olah hampir sama namun hakikatnya ia berbeza.  all ready terdiri daripada dua perkataan manakala already satu perkataan.
all ready bermaksud "bersedia secukupnya".

Sebagai contoh: "Are you ALL READY for the test?"
Adakah awak bersedia secukupnya untuk ujian itu?”

 ALREADY ialah satu kata keterangan yang kita boleh terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai “sudah” atau “dah”.

Sebagai contoh:
"I asked him to come to the cinema but he'd ALREADY seen the film."
“Saya mengajaknya menonton wayang tapi dia sudah pun menonton cerita itu."

Sekali lagi saya ingatkan, ALL READY = bersedia secukupnya. ALREADY = sudah



Accept vs Except

ACCEPT ialah kata kerja yang bermaksud setuju untuk melakukan sesuatu. (menerima)
Contohnya: "I always ACCEPT good advice."
Saya selalu menerima nasihat yang baik.

except pula ialah kata sendi atau kata penghubung yang bermaksud kecuali.
Contohnya: "I teach every day EXCEPT Sunday(s)."
Saya mengajar setiap hari kecuali hari Ahad.

Jadi selepas ini pastikan anda tidak melakukan kesalahan dengan menggunakan ACCEPT untuk maksud EXCEPT dan sebaliknya.

Sekian dulu untuk kali ini. Bertemu lagi dalam siri berikutnya.

Advice vs Advise

ADVICE ialah kata nama yang bermaksud nasihat.
Contohnya: "I need someone to give me some ADVICE."
Saya perlukan seseorang untuk memberikan saya sedikit nasihat.

ADVISE pula ialah kata kerja bagi perkataan ADVICE, yang bermaksud menasihati.
For example: "I ADVISE everybody to be nice to their teacher."
Saya menasihati setiap orang supaya berbuat baik dengan guru mereka.

Jadi sebelum anda hendak menggunakan perkataan ini, lebih baik Muhd zaheer memberi perhatian kepada  dua huruf terakhirnya samada ‘CE’ atau ‘SE’ untuk mengelakkan kesalahan.

Sekian. Bertemu lagi dalam siri berikutnya

Affect vs Effect

AFFECT biasanya bertindak sebagai verb atau kata kerja (tindakan).
Ia bermaksud memberi kesan kepada seseorang atau sesuatu atau mempengaruhi dan mengubahnya.

Contoh:
The noise outside AFFECTED my performance.
(Bunyi bising di luar memberi kesan kepada persembahan saya.)

EFFECT pula biasanya ialah noun atau kata nama (benda). Ia boleh membawa maksud akibat atau kesan terhadap seseorang atau sesuatu.

Contoh:

The television programme had a strong EFFECT on her.
Rancangan televisyen itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadapnya.

 effect selalunya diikuti dengan kata sendi on atau didahului oleh artikel an dan the.

Jadi saya harap anda jelas dengan perbezaannya.  Sekian dan bertemu lagi dalam siri berikutnya.